Thursday, June 11, 2009

sebuah kisah antara aku dan seekor ular..

macam biasa tepat jer time kul 7.30 pagi ( ahad-khamis) aku kuar gi kerja. dan seperti kebiasaan nyer aku selalu jer gi beli kueh untuk aku melantak bila sampai opis kang.. pagi nie apa kena tah aku terasa nak beli kueh kat makcik simpang tiga( sumpah aku tak tau nama makcik kueh tu).
aku pun park la keta kat tepi jalan.. sambil melangkah penuh kemachoan. " makcik kueh lapis tiga. cucok badak satu. donat satu". dan lepas jer aku bayar harga kueh tu rm1.50 (sebijik 0.30 kupang je) aku pun jalan la balik ke keta.. Damm aku ternampak sekor ular lidi.. dok nak lintas jalan,.. dan pada masani la aku terpikir, cian nyer kat ular tu.. dah la kecik.. pastu kaki lak tak der.. nak melintas jalan terpaksa menyusor semata-mata nak lintas jalan.. dah la jalan tu tar.. mesti sakit badan2 ular tu kan.. cuba korang bayangkan.. kalau korang atau aku yag terpaksa jalan cara camtu.. mesti sedih tul tak..

No comments:

Post a Comment