Saturday, August 1, 2009

penkit oh penkit

baru lepas ja main bowling, gi pasar malam. aku beli j sebungkus bihun singapore.. n terus gi solat magrib kat bakar arang. alhamdulilah usai solat aku gi ja terus ke giant niat nak cari sluar baru untuk buat pakai kerja..
dalam dok mencari sluar baru aku terperasan sorang mamat ni ngan awek dia. awek tu lak cantik gak ar.. mamat ni badan kecik ja.. pakai sluar pendek. aurat tu dik oi..
so lantak la kat korang,,, cuma satu ja yang pelik aku dok perati2... rupa2 nya mamat tu bukannya jantan tulen.. aduhai.. pompuan rupa nya..@ penkit @ lelaki jadian... dan yang paling lawak si penkit ni leh shoping sluar dalam laki.. hehehehe.. orentasi seks yang tinggi untuk menjadi lelaki.. hehehe
dunia dunia.. sekarang macam2 ada.. yang jantan nak jadi betina..
yang betina nak jadi jantan..
si betina suka betina
si jantan suka jantan..
aduhai..

Thursday, July 30, 2009

autostereogram

penah tak korang dengar pasai autostereogram.. kalu korang yang baca ni seorang optometris pasti tau nyer.. tak pe tak pe.. aku pun bukan tau sangat pasai autostereoram nie.. cuma aku berminat tentang benda nie.. Meh aku terangkan serba sedikit pasai benda nie.. autostereoram nie ( kalau salam ejaan tolong tegor) macam mencari keupayaan pada mata untuk melihat gambar yang tersembunyi. gambar yang dilihat pada zahir nya tiada apa2 tetapi jika di renungkan dengan lama akan termunculah gambar yang tersembunyi tu..kira nya macam ilusi optik la,,
kalau penerangan aku ni cam tah apa2 n korang tetap tak paham korang cari la maklumat kat internet ek.. hehe

kat bawah ni ada satu contoh pic autosteogram tengok la.. dan bagi tau apa korang dapat lihat ddi sebalik hijab tu.
























.












kalau nak tengok lebih banyak lagi pic2 ni lawatilah website nie..

www.eyetricks.com

JUST A MUM?


A woman, renewing her driver's license at the County
Clerk's office,

was asked by the woman recorder to state her occupation.

She
hesitated, uncertain how to classify herself.

'What I mean
is, ' explained the recorder,
'do you have a job or are you just
a ...?'

'Of course I have a job,' snapped the woman.

'I'm a
Mum.'

'We don't list 'Mum' as an occupation,

'housewife' covers
it,'

Said the recorder
emphatically.



I forgot all about
her story until one day I found myself

in the same situation, this time
at our own Town Hall.
The Clerk was obviously a career woman,
poised,
efficient, and possessed of a high sounding title like,

'Official Interrogator' or 'Town Registrar.'

'What is your
occupation?' she probed.

What made me say it? I do not
know.
The words simply popped out.
'I'm a
Research Associate in the field of
Child Development and Human
Relations
.'


The
clerk paused, ball-point pen frozen in m midair and
looked up as though she
had not heard right.

I repeated the title slowly emphasizing
the most significant words.
Then I stared with wonder as my pronouncement
was written,
in bold, black ink on the official questionnaire.



'Might I ask,' said the clerk with new interest,
'just what you do
in your field?'


Coolly, without any
trace of fluster in my voice,
I heard myself reply,
'I have a continuing
program of research,
(what mother doesn't)
In the laboratory and in the
field,
(normally I would have said indoors and out).
I'm
working for my Masters, (first the Lord and then the whole family)
and
already have four credits (all daughters).
Of course, the job is one
of the most demanding in the humanities,
(any mother care to disagree?)

and I often work 14 hours a day, (24 is more like it).
But
the job is more challenging than most run-of-the-mill careers

and the
rewards aremore of a satisfaction
rather than just money.'

There was an increasing note of respect in the
clerk's voice as she
completed the form, stood up, and personally ushered me
to the door.

As I drove into our driveway, buoyed up by my glamorous new
career,
I was greeted by my lab assistants -- ages 13, 7, and 3.

Upstairs I could hear our new experimental model,
(a 6 month old baby)
in the child development program,
testing out a new vocal pattern.

I felt I had scored a
beat on bureaucracy!
And I had gone on the official records as someone
more

distinguished and indispensable to mankind than 'just another
Mum.'

Motherhood!

What a
glorious career!
Especially when there's a title on the door.




Does this makegrandmothers
'Senior
Research associates
in the field of Child Development and Human Relations'

And
great grandmothers
'Executive Senior Research Associates?'

I think so!!!

I
also think it makes
Aunts'

Associate Research Assistants.'




Please send this to another
Mum,
Grandmother,
Aunt,


And other friends you
know.




May your troubles be less,

Your blessing be more,

And
nothing but happiness come through your door!

5 Syarat Untuk Buat Maksiat.. try la buat kalau mampu..

5 Syarat Untuk Buat Maksiat.

( gambar hiasan )


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya.."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh". Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran .. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.


Bowling Vs Golf

minggu yang penuh dengan aktiviti.. setiap petang ada ja aktiviti.. penat nyer..
lepas kerja terus gi ke CS Sp.. gi ampang superball.. semakin hari semakin kering duit poket.. kalau aku kaya kan best aku nak beli je tempat bowling nie...




now kat opis semua member dok gila main golf.. cam menarik gak kan.. tapi tak bernafsu lak nak join.. cara depa dok cherita pasi kayu golf la.. pasai bola golf 100 biji 7 ringgit.. beg golf yang semurah 30 inggit sampai ribuan ringgit.. kepala kayu golf yang kecik samapai yang besaq.. huh.. cam best ja.. patang ni depa semua pakat nak pi lagi kat laguna merbok.. aku dalam delema. nak gi try pukul bola golf ka atau nak gi main bowling... aku sekarang dalam delema memilih antara bola golf atau bola bowling.

-.

Wednesday, July 1, 2009

merungkai memori

aku dah tak sabar nak tunggu untuk minggu depan.. bukan pasai time gaji.. tapi ada sesaorang yang aku tunggu insyaalah dia akan muncul.. hampir setahun aku tak bertemu. tel pun hanya jarang2.. sms pun kadang kadang.
tapi aku henran kenapa si dia sekarang selalu miss call aku.. ( panggilan Rindu ker ) aku pun confius.. bila aku call si dia cam tak der edia nak bercakap, aku lak malu sendiri..
oh tuhan,,
aku rindu dia..

Monday, June 15, 2009

aku dan sebuah gunung..



sabtu 13.06.09 07.30 pagi..

pagi sabtu yang amat malas.. malam tadi aku baru jer sampai dari tepeng dalam pukul 02.30 pagi..
lepas solat isya dan kemas barang tuk program pendakian pagi ni aku terus jer ting tong..
subuh pagi ni pukul 06.45 pagi hope ada lagi subuh.. lepas solat dan bersiap pukul 07.30 aku kuaq dari rumah pi kolej..

07.45 pagi.
aku samai kat kolej.. ada la beberapa budak2 student kitaorang yang dah tunggu.. wanie, watiey ngan apis tak nampak lagi..

08.15
kita orang dah gerak ngan bus kolej ke kaki gunung jerai kedah.. dalam hati aku dok tepikir leh ka aku nak panjat gunong nie.. dah la nak bawak badan yang terlebeh isi ni.. aiyoo kang pensan kat tengah jalan sapo yang susah.. bukan aku tapi korang yang kena angkat aku.. heheehehhe..

jam 09.00
yahooo.. dah sampai dah kat kaki gunung jerai nie, em. ada la student uum dah sampai.. so makan dulu kang lapaq lak time panjat gunung .. kalau ada RnR ok la gak kan.. hehehe.. so dalam setengah jam lepas tu ada aku yang ramah tamah ni pi la tengor seorang jurulatih pompuan.. dia cam wat tak layan jer.. carek ar.. pastu dia pun tanya aku.. " korang ni datang dari siri yang mana?" ayo kak.. kami pegawai pengiring da.. lepas tu baru la nak ramah2 ngan kami nie.. teruk tul.. kalau kami ni student pun jangan la karek sangat..
so moral yang aku dapat kat sini adalah..
rupa nyer aku ni ada rupa cam student lagi.. hehehe. terasa kemudaan hehehe..

11.00 pagi
student semua dah mula begerak mendaki gunung jerai.. kami pegawai pengiring lewat sikit panjat.. 10 minit lepas diaorang gerak baru aku n the geng mula gerak.. ayo gunung jerai 12 km lagi.. tapi apa yang penting "kerjasama" .. memang pendakian ni perit.. kami tak di benarkan ikut jalan pintas kena ikut jalan tar coz kabel letrik ada yang terputus apa tah.. hhuuh..
time kitaorang ni mendaki ni jumpa gak la student yang pitam. pening.. pancit.. macam2 ''pan'' lagi yang ada.. hehehehe..
hampir 4 jam baru kami samapai kat puncak gunung jerai.. memang puas.. jalan kaki.. walaulambat sampai, tapi aku, apis ngan wani bejaya. cuma watiey jer terpaksa naik keta tu pun dah separuh lagi pejalanan.. kalau watiey tak pancit pasai kaki krem mesti watiey pun berjaya gak.

02.30 petang
kita orang mula masak makanan tengah ari untuk makan.. ada ke patut depa wat camni kat pegawai pengiring.. patut ke tak.. hhuhuhu..

so.. lepas masak kami pi solat dan.. paling best time mandi.. ayoo.. air sejuk giler.. memang best sangat..
so petang nie student semua ada aktiviti dengan jurulatih kitaorang ambik peluang ni round2 kat puncak nie heheheheh..

malam dah sampai..
ayoo sejuk nyer malam kat sini.. em.. cam seram sejuk pun ada gak. risau gak kang terjumpa mahluk yang tak selalu jumpa.. kang hhuhuhuhu.. leh jadi misteri nusantara lak..
tq pada semua student yang wat bbq. lepas solat magrib dan isya kita orang semua melantak la.. ayooo.. sedap nyer..

tido time.
hanya bebantal kan beg galas.. selimut kain pelikat gajah duduk dan bertilam kan papan lantai jer.. so apa2 pun aku tido dulu.
ayoo apa nie,, tetiba rasa begegar jer rumah nie. aduhai time 3 pagi ni hujan turun.. pastu kemah2 yang stundent tido ada lak yang bocor.. so diaorang menyelamatkan diri la. n naik kat tempat habitat kami nie.. ayo cik adik manis.. kalau masuk habitat orang ni leh tk diam2 sikit.. terjerit sana. terlompat sini.. pokcik nak tido ni ha.. aduhai..

pagi time.. ahad 14.06.09
jom solat subuh.. dengan air yang cam ais rasa malas jer nak ambik wuduk. kalau leh nak jer guna kak'edah tayamun.. hhuhuhu.. tapi demi semangat yang kental aku gasak jer.. mandi?? sory sejuk beb..
usai solat subuh.. yang dilakukan (ceh ayat cam berita) kat padang..
ceramah time.. mata mengantok tahan jer la.. sejuk nyer...
dengan kabus.. aduhai.. tido best nie.. dalam dok dengar ceramah tu.. tetiba huhuhuhu..
hujan turun lagi.. barakat.. amin..

hujan turun jap jer lepas tu dah berenti.
sarapan roti yang di beli kat tesco.. hhuhuhu. lapaq nyer.. aku..

jom turun.
dalam kul 12 tgh hari, si apis call drebar van untuk ambik kitaorang . tak larat dol turun.. so semua beg2 student kita orang hangkut sekali..
kejap je rupa nyer kalau turun ngan van nie.. hhuhuhuuh.. tak penat pun.. heehe
setengah jam jer kamidah sampai kat kaki bukit gunung jerai..
yahoooo.. .
dah ar,, malas nak menulis lagi..

Thursday, June 11, 2009

sebuah kisah antara aku dan seekor ular..

macam biasa tepat jer time kul 7.30 pagi ( ahad-khamis) aku kuar gi kerja. dan seperti kebiasaan nyer aku selalu jer gi beli kueh untuk aku melantak bila sampai opis kang.. pagi nie apa kena tah aku terasa nak beli kueh kat makcik simpang tiga( sumpah aku tak tau nama makcik kueh tu).
aku pun park la keta kat tepi jalan.. sambil melangkah penuh kemachoan. " makcik kueh lapis tiga. cucok badak satu. donat satu". dan lepas jer aku bayar harga kueh tu rm1.50 (sebijik 0.30 kupang je) aku pun jalan la balik ke keta.. Damm aku ternampak sekor ular lidi.. dok nak lintas jalan,.. dan pada masani la aku terpikir, cian nyer kat ular tu.. dah la kecik.. pastu kaki lak tak der.. nak melintas jalan terpaksa menyusor semata-mata nak lintas jalan.. dah la jalan tu tar.. mesti sakit badan2 ular tu kan.. cuba korang bayangkan.. kalau korang atau aku yag terpaksa jalan cara camtu.. mesti sedih tul tak..

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

aku suka benar baca artikel nie.. so aku inggin kongsi dengan korang semua..


Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Isu dalam artikel ini telah ditulis oleh Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin setahun yang lalu. Dicadangkan untuk pembacaan.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.

Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,

Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,

Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.

Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.

Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.

Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.

Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

Wednesday, June 10, 2009

aku dan sebuah kenduri


alhamdulilah.. banyak tul jemputan kenduri yang aku terima dalam minggu nie.. ada yang sempat aku pi ada yang tak.. pada member seopis yang kenduripada 06.06.09, aku mintak maap sebab tak dapat pi kenduri korang. nak wat camna... sepupu aku pun kawin time tu jugak.. pada yang dah kawin tu semoga berbahagia la no.. kalau ada sumur di ladang dapat kita menunmpang mandi.. kalau ada jodoh yang panjang korang kawin ke 2 jemput la aku lagi...

hehehehe..
( ni kenduri kat kuala ketil,, aku ngan member aku da wat pekej ambik gambaq kawen.. so kalau krang nak tengok pic kawen pi la kat fotopeges kami http://lanur007.fotopages.com

Tuesday, April 7, 2009

SATU SOALAN SEPULUH JAWAPAN

6 April, 2009
SATU SOALAN SEPULUH JAWAPAN ( ikhwantoday)

Sepuluh orang pembesar Yahudi telah datang menemui Sayidina Ali k.w.j secara bergilir-gilir. Mereka bertanyakan satu soalan yang serupa dan dijawab oleh Sayidina Ali dengan sepuluh jawapan yang berbeza-beza.Soalannya: "Yang manakah lebih bermanfaat ilmu atau harta?"" Tentulah ilmu" jawab Sayidina Ali." Apakah alasan tuan berkata dernikian?"Sayidina Ali menjawab: "Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi sebaliknya harta itu pusaka Qarun."Soalan: "Yang manakah lebih bermanfaat,ilmu atau harta? "Sayidina Ali pun pun menjawab: "Tentulah iImu kerana ilmu itu menjaga dan memelihara kita, tetapi harta kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya."Kali ketiga Sayidina Ali pun menjawab: "Tentulah ilmu kerana orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat. "Jawapan keempat : "Ilmu lebih bermanfaat kerana harta jika selalu digunakan akan berkurangan, sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah. "Jawapan yang kelima: "Ilmu lebih bermanfaat kerana orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.Jawapan yang keenam: "Ilmu lebih bermanafaat kerana harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian."Jawapan ketujuh: " Ilmu lebih bermanfaat kerana harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat."Jawapan kelapan: Sayidina Ali tetap mengatakan " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan."Jawapan kesembilan: " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati."Dan jawapan yang terakhir untuk pembesar Yahudi yang kesepuluh Sayidina Ali tetap mangatakan ilmu lebih bermanfaat daripada harta kerana pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah. Akhirnya sepuluh orang pembesar Yahudi itu berkumpul semula membincangkan jawapan yang diberi oleh SayidinaAli. Memang benarlah Sayidina Ali seorang yang tinggi ilmunya. Dengan kehendak Allah kesepuluh orang pembesar Yahudi itu pergi semula ke rumah Sayidina Ali untuk memeluk agama Islam.Kata Sayidina Ali: "Jika datang lagi mereka kepada aku bertanyakan soalan yang sama, aku tetap akan memberikan jawapan yang berlainan sehingga akhir hayatku."

my commen..
ilmu adalah punca untuk mencari harta
harta kalau diuruskan tanpa ilmu bakal kelubang neraka..

Sunday, March 8, 2009

salam

ini adalah sejarah aku.. atas sebab aku makin tak keruan maka aku gagahkan diri untuk mencipta blog aku sendiri.. agar aku bisa bercerita, dan berkongsi sensara...

semenjak dua menjak ni aku makin tak keruan.. bosan dengan dunia politik malaysia yang semakin hari semakin memualkan.. para barisan pr dilayan bak warga kelas 2.. konon mengamal demokrasi.. tapi jangal sekali..

aku si tenggiling.. selalu memngulung diri bukan kerna takut tapi bosan pada duni yang keja,..